Monday, November 10, 2008

Blogging from Dewan: Dewan Speech Part 1

Ucapan ADUN Canning, YB Wong Kah Woh dalam membahas Bajet Negeri Perak Darul Ridzuan 2009 Rang Undang-undang Enakmen Pembekalan 2009 pada 11.11.2008 pukul 2.00 petang di Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan.


Yang Berhormat Tuan yang Dipertua, izinkan saya untuk mengambil bahagian dalam membahas dan menyokong Bajet Negeri Perak Darul Ridzuan 2009 – Rang Undang-undang Enakmen Pembekalan 2009 yang telah dikemukakan oleh YAB Menteri Besar Perak.

Tuan yang Dipertua,
Terutama sekali saya berasa syukur, kerana YAB Menteri Besar Perak telah sekali lagi mengiktirafkan dan menegaskan pentadbiran Kerajaan Negeri ini adalah berteraskan kepada prinsip adil, amanah, wibawa dan berkebajikan dan hak Rakyat Perak Darul Ridzuan dapat dipelihara tanpa membezakan agama, bangsa dan fahaman politik. Setelah 51 tahun merdeka, sekarang kita nampaklah harapan negeri kita, harapan Negara kita, yang mana isu agama, bangsa dan fahaman politik tidak lagi menjadi asas pentadbiran. Inilah suatu usaha dan arah tuju yang positive dan baik, yang mana kita semua yang membesar di tanah air yang tercinta ini, menyumbang kepada Negara yang tercinta ini, dan kita semua Bangsa Malaysia.

(a) Deficit Bajet dan maklumat am
Tuan yang Dipertua,
Bajet 2009 merupakan satu deficit bajet sebanyak RM25 juta, yang mencatatkan suatu pengurangan deficit sebanyak RM14.99 juta atau 37.48%. Dalam 4 tahun yang lepas yang mana deficit bajet dicatat, deficit tersebut telah meningkat setiap tahun, dari 15.45 juta pada tahun 2005 sehingga ke RM39.99 juta.

Sekiranya dibaca dari sudut polisi-polisi bermesrakan Rakyat yang dicadangkan atau dilaksanakan seperti yang dibentangkan oleh YAB Menteri Besar semalam, deficit RM25 juta ini bukanlah suatu yang tidak munasabah atau sesuatu harus dibimbangkan.

Kerajaan Negeri Perak ini telah memberikan pertimbangan dan prihatin terhadap golongan-golongan yang miskin dan berkeperluan. Polisi pemberian air percuma kepada penduduk Perak yang berpendapatan rendah untuk 20 cubic meter, pemberian peruntukkan sebanyak RM1 juta untuk membantu meringankan beban miskin tegar, peruntukkan RM6 juta sebagai sumbangan derma biasiswa dan peruntukkan sebanyak RM 1 juta untuk funeral expenses bagi golongan miskin bagi mereka yang berusia 65tahun ke atas yang meninggal dunia serta RM2 juta peruntukkan untuk tabung khas kebajikan rakyat dan RM1juta untuk tabung pinjaman perniagaan kecil haruslah dialu-alukan. Ini menunjukkan Kerajaan Negeri Perak adalah prihatin terhadap golongan yang berkeperluan dan ikhlas dalam membantu golongan ini. Yang penting, kesemua bantuan dan peruntukkan ini adalah tanpa mengira agama dan bangsa, dan ini akan dapat membantu mencapai matlamat sesuatu affirmative actions/policies dengan izin, yang mana kesemua golongan yang berkeperluan mendapat bantuan yang seajarnya dan bukannya pelaksanaan affirmative actions yang berlandaskan kaum dan bangsa yang mana menyebabkan jurang pendapatan dan taraf kehidupan semakin bertambah.

Tuan yang Dipertua,
Apa yang harus dibanggakan lagi adalah, catatan pengurangan deficit sebanyak RM14.99 juta atau 37.48% ini dicapai dengan tanpa melaksanakan apa-apa kenaikan cukai-cukai yang dikenakan atas Rakyat. Kerajaan Negeri sememangnya telah mengambil suatu langkah yang betul dengan menegaskan pengutipan cukai tunggakan sebagai suatu aspek. YB Pengkalan Hulu semasa mencelah perbahasan YB Titi Seorng, mempersoalkan sumbangan daripada ejensi-ejensi kerajaan seperti LAP, SADC, SEDC dsb sebanyak RM50 juta (mencatatkan peningkatan sebanyak RM7 juta). Apakah salahnya sekiranya ejensi-ejensi ini menyumbang kepada bajet 2009 sekiranya Kerajaan Negeri mempunyai keyakinan bahawa ia dapat memperolehi keuntungan yang lebih baik pada tahun 2009? Kesemua ejensi ini bukan untuk keuntungan mana-mana pihak tetai dalam membantu Kerajaan Negeri.

Manakala satu item yang tidak dilupakan dan yang ditinggalkan oleh YB P. Hulu adalah dengan system tender kawasan pembalakan, yang mana hasil sebanyak RM40juta telah dijana dan ini juga membuktikan Kerajaan Negeri Perak yang mengamalkan prinsip adil, amanah, wibawa dan berkebajikan dengan melaksanakan system tender kawasan pembalakan.

Berkenaan dengan kutipan cukai tunggakan, jumlah RM36 juta dianggar dapat dikutip. Saya amat bersetuju bahawa penguatkuasaan kutipan cukai tunggakan dijadikan satu aspek peningkatan hasil, namun ia haruslah dijalankan secara flesible dan case to case basis dengan izin.

Bagi mereka yang jelasnya degil dan enggan membayar serta berhutang berpuluh-puluh ribu, sekiranya amaran untuk membayar tidak dipeduli dan tidak mempunyai kesan, Kerajaan Negeri haruslah bergantung kepada peruntukkan Kanun Tanah Negara yang mana membenarkan Kerajaan Negeri menarikbalik hakmilik yang dikeluarkan. Pada masa yang sama, tindakan juga haruslah diambil secepat mungkin tanpa dibatas oleh batasan masa 6 tahun. Ada pernah berlakunya cukai kerajaan ditunggak lebih daripada 6 tahun dan pihak PBT telah tidak lagi dapat menuntut mengikut prosidur undang-undang misalnya dalam kes MBI tunggakan hasil melebihi tempoh 6 tahun setakat 31 12.2006 adalah sebanyak RM6.08juta. Usaha dan tindakan penguatkuasaan haruslah tegas.

Namun, untuk kes-kes yang genuine yang mana pemilik merupakan golongan yang miskin dan tidak mampu bayar, ia haruslah dikendalikan secara berlainan. Penarikbalik hakmilik dalam kes tersebut bukannya suatu cara yang munasabah. Harus ingat, kita merupakan satu Kerajaan berkebajikan, kita haruslah memahami kesusahan Rakyat.

No comments:

Post a Comment