Wednesday, November 12, 2008

Blogging from Dewan: Supplementary Question on TELCO

Di kawasan saya, saya telah menerima banyak aduan berkenaan isu-isu telco yang tidak berlesen dan semakin banyak didirikan. Seperti yang telah saya bangkitkan dalam perbahasan saya sebelum ini, atas sebab kelonggaran penguatkuasaan dan pemantauan, syarikat-syarikat ini telah berani mencabar kewibawaan Kerajaan Negeri dengan mendirikan pemancar telco tanpa mendapatkan lessen terlebih dahulu. Mereka tidak takut.

Soalan Tambahan saya adalah, memandangkan terdapat bantahan-bantahan daripada penduduk-penduduk, samaada Kerajaan Negeri akan terus bersikap longgar terhadap syarikat-syarikat telco ini atau sudi mendengar suara Rakyat dan mengubal garis panduan yang lebih ketat dengan mengadakan public consultation dan tindakan penguatkuasaan yang tegas?

No comments:

Post a Comment