Thursday, December 9, 2010

The Speech that was not given the chance to be raised in the assembly despite 17 times request by ADUN Canning...



Ucapan ADUN Canning, YB Wong Kah Woh dalam membahas Bajet Negeri Perak Darul Ridzuan 2011 Rang Undang-undang Enakmen Pembekalan 2011 pada 02.12.2010 di Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Dengan izin Dewan yang mulia ini,
Terima kasih kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ini.

***dipanggil speaker

Pertama sekali, saya ingin meluahkan perasaan kesal saya terhadap rampasan kuasa dan krisis negeri perak yang berlaku di Negeri yang tercinta ini. Sepanjang masa ini, saya tidak mahu mengulangi apa yang berlaku dalam Dewan ini yang mana Speaker Dewan telah diheret keluar dari Dewan ini oleh orang-orang yang identitinya tidak dikenali. Demi menjaga maruah Dewan yang mulia ini, saya ingin memohon supaya Speaker boleh memberikan satu maklumat terperinci, terhadap siapa mereka yang masuk ke dalam Dewan ini pada hari yang paling gelap tersebut.

Selain itu, kita juga nampak bagaimana undang-undang tidak lagi menjadi asas penentuan sesuatu pertikaian. Dari kes MB v MB dan Speaker v Speaker, kita telah nampak bagaimana undang-undang telah menjadi tidak jelas dan tidak konsisten. Faktor penting yang menjadi penentuan pertikaian adalah “siapakah” pihak-pihak yang terlibat dan bukannya “apakah” nas undang-undang yang terpakai.

Peningkatan Kecekapan system penyampaian
… bermula dari Dewan Negeri Perak
Peningkatan kecekapan sistem penyampaian haruslah bermula dari Dewan yang mulia ini. Kita semua di sini mahu membangkitkan masalah Rakyat dan kita berkali-kali telah meluahkan hasrat kita untuk bekerjasama dengan rakan kita di sebelah sana setelah Mahkamah memberikan keputusan memihak kepada MB sekarang. Tetapi saya ingin menarik perhatian Dewan ini apa yang berlaku ke atas soalan-soalan yang dibangkitkan:-
(i)soalan-soalan ahli-ahli Pakatan Rakyat yang dihantar melalui YB Tronoh ditolak oleh Dato Speaker – surat 27/04/2010
sekiranya Dewan tidak menerima soalan kami, maka bolehlah ditolak tetapi dengan jelas bahawa soalan-soalan diterima oleh Setiausaha Dewan. Kenapa ditolak hanya dengan fakta bahawa ia dihantar (hand over) oleh YB Tronoh? Saya boleh mengarahkan Setiausaha saya untuk menghantar soalan; saya boleh minta bantuan ahli YB yang lain? Sekiranya Dato Speaker pada masa tersebut yakin dengan kedudukan sendiri dan tidak was-was atau tidak mempunyai sebarang persoalan dalam dirinya sendiri, tetap bukan jadi masalah bagaimana soalan-soalan dihantar
(ii)soalan-soalan bertulis pada 03.08.2010
Soalan 1: jawapan yang diberikan oleh Kerajaan tidak dijawab. Soalannya adalah dimanakah wang peruntukkan pergi?
Soalan 2: ada projek yang dijalankan tetapi check dengan penduduk, memang tidak ada apa-apa kerja dilakukan. Apakah kualiti jawapan yang diberikan? Sekiranya Dewan yang mulia ini tidak menjadi satu contoh yang baik, bagaimana dengan agensi-agensi yang lain?

Sistem Penyampaian yang cekap?
Kerajaan Tempatan – Majlis Bandaraya Ipoh
Terutama sekali pihak saya ingin ucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa tempatan MBI, yang menjawab kepada permintaan dan permohonan dari pejabat saya, dengan menurap semula kawasan-kawasan perumahan di kawasan Canning. Setakat ini, Taman Canning, Taman Ipoh Selatan, Taman Hock Lee telah diturap semula. Tetapi sekarang yang dinanti-nantikan adalah kawasan lain seperti Taman Ipoh, Taman Ipoh Timur dan juga Taman Cempaka. Penduduk-penduduk tertanya-tanya kenapa sesetengah kawasan tidak diturapkan, dan saya berharap bahawa suatu jaminan diberikan oleh MBI untuk melaksanakan kawasan-kawasan yang belum dilaksanakan kerja.

Ada perkara yang saya ingin bangkitkan berkenaan dengan sistem penyampaian MBI yang mana saya berpendapat adalah tidak memuaskan. Kita tengok dari segi permohonan tiang lampu jalan. Pengalaman saya adalah MBI adalah terlalu lambat dalam memberikan kelulusan tiang lampu jalan. Satu bulan, 2 bulan atau 3 bulan boleh tunggu. 1 tahun 3 bulan??? Ini amatlah tidak munasabah apabila (saya ingin memberikan pujian di sini) bahawa TNB sekarang telah dapat menyelesaikan masalah lampu tidak berfungsi dalam masa 24 jam selepas menerima aduan. Bagaimanakah dengan MBI?

Masalah banjir kilat merupakan satu masalah yang sekarang melanda seluruh kawasan Ipoh. Saya namakan kawasan di sini termasuk Persiaran 11 hingga 15 Prsn Cempaka Sari, Jalan SA Lingam Taman Ipoh Selatan, kawasan Taman Ipoh berhampiran dengan Pejabat Pos, kawasan Jalan Tambun Mariaville, kawasan di bawah jejantas PLUS di Jalan Perajurit, dan sekarang di kawasan Jalan Sultan Azlan Shah di bahagian berdekatan Tesco / Taman Teh Teng Seng. Kita tidak nampak ada apa-apa improvement dari segi menangani masalah ini, dan salah satu punca adalah culvert di Jalan Kamaruddin Isa Fair Park yang terlalu kecil. Saya percaya pihak MBI pernah menjalankan site visit tetapi tidak ada perkembangan yang boleh nampak.

Jalan Perajurit
Kita boleh membaca kes di Jalan Perajurit dengan bagaimana pihak berkuasa tempatan harus melaksanakan tanggungjawabnya untuk memantau projek-projek sebelum memberikan kelulusan. Jejantas PLUS telah menjadi satu bottle neck yang mana pelebaran jalan amatlah sukar dijalankan, menjadikan kawasan tersebut amat sesak. Kita juga nampak bahawa air dari PLUS disalur ke longkang yang kecil di Jalan Perajurit dan menyebabkan banjir kilat di kawasan tersebut. Bagaimanakah extension PLUS highway boleh diluluskan yang mana akan menjadikan tempat tersebut satu bottle neck?

Telco Issue – MBI sebagai rubberstamp
Bajet 2011 telah menyatakan bahawa bagaimana efficientnya OSC – One Stop Centre. Ya, efficient adalah suatu hal tetapi dalam memberikan kelulusan kepada apa-apa permohonan. OSC harus menjadi stakeholder and protector of the rights of the People.

Sebagai contoh, dalam issue Telco yang mana menerima bantahan daripada penduduk-penduduk, apabila berdepanan dengan pegawai-pegawai kerajaan tempatan, alasan standard yang diberikan adalah – peraturan MCMC dan PINS telah dipenuhi. Bagaimana dengan pihak berkuasa tempatan? Fungsi pihak berkuasa tempatan adalah untuk menjaga kepentingan rakyat dan segala permohonan haruslah dibekukan sekiranya terdapat bantahan khasnya dalam kes-kes bahawa telco tower dibina tanpa permit kerajaan tempatan terlebih dahulu. Suara rakyat mestilah didengar. Adalah tidak perlu permohonan dibawa ke OSC Kerajaan Tempatan sekiranya OSC hanya menjadi suatu rubber stamp.

Dalam isu ini, saya berasa kesal bahawa selepas suatu perjumpaan antara kesemua pihak pada bulan Mei 2010, masalah masih tidak dapat diselesaikan. Panduan Majlis Kerajaan Tempatan berkenaan dengan isu ini masih tidak ada apa-apa berita. Saya di sini ingin membangkitkan bahawa, MBI harus mengkaji semula bantahan-bantahan penduduk dan mengkaji semula kedudukan telco tower khasnya di Taman Canning, Taman Ipoh Selatan dan Kg Simee.

PTG – system penyampaian yang baik haruslah datang bersama dengan pelaksanaan tanggungjawab tanpa rasuah / penyelewengan
2 minggu lepas saya menerima satu kes bahawa seorang peniaga di Sitiawan telah ditipu oleh sesetengah pihak, membayar wang berpuluh-puluh ribu kepada seorang yang mendakwa beliau sebagai kakitangan PTG dalam permohonan sebidang tanah. Walaupun dalam kes ini, orang yang melakukan penipuan tersebut dikenalpasti bukan kakitangan PTG, tetapi yang anehnya, letterhead surat yang kononnya surat kelulusan tanah asal tersebut adalah sama dengan letterhead sebenar PTG. Dari segi kualiti printing dan warna letterhead, letterhead yang benar dan palsu amatlah sama. Saya tidak pasti samaada sebarang orang dalaman terlibat dalam pembekalan letterhead, tetapi yang peting sekarang adalah PTG harus memberikan sekuriti feature yang penting dalam letterhead dan bukannya dicetak terus dari computer PTG sendiri. Ini akan membuka kepada penyelewengan

LAP – peruntukkan diberikan
Kita telah nampak peruntukkan diberikan kepada LAP dan saya berharap beberapa masalah rakyat dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Saya telah menerima aduan daripada penduduk Taman Cempaka yang mana piping LAP telahpun tersekat dan nampaknya 80% yang tersekat, menyebabkan bekalan air amatlah kecil. Apabila ditanya, LAP menyatakan bahawa tidak pasti samaada mempunyai bajet untuk selesaikan masalah dan penduduk diminta “bayar sendiri” sekiranya mereka mahu menyelesaikan masalah ini.

Saya berpendapat ini adalah tidak adil yang mana penduduk perlu membayar untuk pembekalan air yang tanpa gangguan. Saya menyeru supaya LAP dapat menyelesaikan masalah ini dengan peruntukkan yang ada. (prsn Cempaka 7, 22, 24, 26)

Berkenaan dengan masalah Taman Cempaka juga, saya juga tidak faham bagaimana MBI boleh menghilangkan stesen bas di Sari 17 selepas kerja-kerja peningkat taraf longkang dijalankan. Saya juga percaya bahawa pihak berkuasa tempatan telah menerima aduan daripada penduduk-penduduk berkenaan dengan masalah gerai-gerai di sari 17 yang kadang-kadang menjadikan masalah kepada penduduk. Kami berharap suatu formula antara kedua-dua pihak dapat dicapai, untuk memastikan mereka yang mencari nafkah boleh diteruskan dan masa yang sama kehidupan penduduk tidak terjejas.

Bajet yang mendahulukan Rakyat? - Akta Sisa Pepejal
Terdapat satu soalan yang dibangkitkan oleh ADUN Pasir Pinji pada haru pertama sidang, di Soalan No. 8, berkenaan dengan Akta Sisa Pepejal.

Saya percaya Kerajaan Negeri tidak akan nafikan bahawa Kerajaan Negeri pernah pada suatu ketika mahu memberi kesan kepada dan menerimapakai Akta Sisa Pepejal, yang mana menjelang akhir tahun 2009, tender untuk kontrak pengurusan sampah, longkang dan rumout telah dibekukan untuk memberi laluan kepada pelaksanaan Akta Sisa Pepajal. Kakitangan di Majlis Perbandaran Teluk Intan juga telah ditawarkan untuk menandatangani kontrak dengan syarikat swasta konsesi di bawah Akta yang sama.

Saya ingin mendapatkan satu jawapan daripada Kerajaan Negeri, samaada Kerajaan Negeri bersedia memelihara kepentingan Rakyat dan menjamin bahawa Akta ini tidak akan digunapakai, yang mana Rakyat terpaksa menanggung “cukai taksiran ke-3” selepas pembayaran cukai taksiran dan IWK, yang mana pada hakikatnya Syarikat Konsesi mempunyai kuasa untuk mengenakan caj bayaran ke atas rakyat-rakyat jelata?

Deficit Bajet boleh dikurangkan - RM14 juta
Saya masih ingat pada tahun 2008, Bajet 2009 mencatatkan satu anggaran cukai balak sebanyak RM40 juta dengan system tender terbuka dilaksanakan. Persoalannya adalah, kenapa pendapatan cukai sebenar hanya sebanyak RM12 juta sahaja pada tahun 2009? samaada tender terbuka diteruskan oleh Kerajaan Negeri?
*** shock of my life when I got first elected, how the timber company offered the State Assemblyman for concession. (during BN time, the timber are shared among the ADUNs!!!)

Saya hanya memberitahu mereka yang approach saya, “maaf, saya tidak ada timber”. Persoalan sekarang, samaada practice (pemberian kepada ADUN-ADUN BN) ini benar-benar berlaku? Saya boleh dengan bangga menyatakan di sini dan di luar bahawa saya tidak pernah menerima mana-mana konsesi balak ini, saya menyeru supaya rakan-rakan di sebelah sana boleh membuat pengistiharan yang sama demi menjaga integriti Dewan ini. Masalah adalah, beranikah rakan-rakan di sebelah sana membuat kenyataan sedemikan bawah sumpah?

1Malaysia? Malaysian First, Race Second?
Perkara terakhir yang ingin saya bangkitkan adalah, perkataan 1Malaysia timbul sekurang-kurangnya 3 kali dalam bajet ini. Masalah di depan kita adalah, apakah maksud sebenar 1Malaysia? Berapakah ramaikah rakan di sebelah sana really appreciate konsep sebenar?

Apabila kita melaung-laungkan konsep 1Malaysia, kita masih boleh nampak bagaimana isu-isu dan kenyataan perkauman dibangkitkan. Dato’ Ahmad Ismail yang membangkitkan isu “balik Negara Cina” masih diterima dengan tangan terbuka oleh UMNO. Kita ada guru besar yang membangkitkan kenyataan perkauman tetapi tiada tindakan undang-undang diambil. Menteri pula menuduh warga Cina dan India tidak patriotik. Apa yang terjadi dengan konsep 1Malaysia?

Saya mempunyai satu impian, satu impian yang mana Negara kita pada suatu hari nanti, Negara ini akan bangun, dan melaksanakan maksud sebenar yang mana kesemua insan adalah dilahirkan samarata. Saya mempunyai satu impian, apabila anak cucu saya dalam suatu hari nanti, tidak lagi akan dibezakan dengan warna kulit, tetapi dengan kandungan perangai mereka. Saya mempunyai satu impian, bahawa suatu hari nanti, kesemua rakyat boleh dengan bangganya mengisytiharkan mereka sebagai “rakyat Malaysia” yang sebenar.

Demi memartarbatkan konsep 1Malaysia, saya ingin mencabar rakan-rakan di sebelah sana, untuk membuat pengisytiharan bahawa diri sendiri adalah “Malaysian First, race Second”.

Saya mengistiharkan saya sendiri di sini, Saya adalah “Malaysian First, Chinese Second”.


Kesimpulan
Adalah penting apabila kita diberikan mandate kepada Rakyat, kita haruslah memeliharakan ketelusan dan integriti kita. Kita harus menjadi seorang yang berpegang kepada prinsip, tidak kira apa-apa dorongan atau temptation. Itulah sikap yang kita kena laksana, itulah apa yang Rakyat inginkan.

Saya selalunya percaya terhadap apa yang dinyatakan: “ta’muruna bi al-ma’ruf wa tanhawna ‘an al-munkar”. O you who belive! You are the best of mankind, enjoining what is right and forbidding what is wrong”. Biarlah kita sama-sama mendokong segala yang benar dan mengelakkan segala yang salah demi memelihara mandate yang diberikan oleh Rakyat dalam pilihanraya 308 yang lalu.

Salam Ketuanan Rakyat, salam “Malaysian first, race second”

Sekian, terima kasih.

Democratic Action Party (DAP)

No comments:

Post a Comment